Sunday, December 11, 2011

TEMPAT PELANCONGAN YANG POPULAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA



Kuil Kek Lok Si di Pulau Pinang dibina pada tahun 1890, merupakan kuil agama Buddha yang terbesar di Asia Tenggara.  





Kuil Kek Lok Si terletak di Ayer Itam merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang.Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewa Kuan Yin yang besar. Selain daripada biara, terdapat pagoda setinggi tujuh tingkat yang mempamerkan 10,000 imej Buddha. Reka bentuk bangunan ini  menggabungkan asas oktagon Cina dengan tingkat tengah reka bentuk Thailand dan puncak seni bina Burma.



                                     


Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.





Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. 



Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai.




                                  


Pulau Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau lagenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan yang bertaraf antarabangsa. Terdapat juga legenda yang kisah tentang
seorang wanita cantik bernama Mahsuri kerana unsur cinta dan cemburu, sumpah diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan. 
Nikmati keindahan alam semulajadi serta ketenangan landskap padi di sini dengan memandu di seluruh pulau ini. 




                                     

Batu Caves terletaknya di sebelah utara Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah gua batu kapur semulajadi yang telah digunakan sebagai sebuah kuil Hindu bagi memuja Dewa Subramania, Dewa Hindu.


Batu Caves adalah satu daripada destinasi pelancongan Malaysia yang termasyur terutamanya untuk Perayaan Thaipusam. Ini memikat sebanyak lapan ratus ribu penganut dan pelancong. Yang menarik adalah dapat menengok pemuja-pemuja di dalam keadaan bersawai sambil mengendong kavadi, suatu rangka logam melampir di atas tubuh badan.

No comments:

Post a Comment