Friday, December 2, 2011

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA, KADAZAN DAN IBAN

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.


Di bawah  merupakan pengenalan pakaian kaum India.

                                               
DHOTI

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

SARI

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. 

Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. 




PAKAIAN ETNIK KADAZAN
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN

KAIN SIRAT

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain, bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan.


DANGDONG
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh 
lelaki Iban. Panjang dandong tidak tetap 
kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam 
upacara-upacara tertentu.



PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN
BIDANG


Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni.



KELAMBI
Baju Kaum Iban yang dipanggil kelambi ada dua jenis iaitu kelambi berlengan dan kelambi tanpa lengan. Kelambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kelambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Kelambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan.


BEDONG
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong. Panjang 
bedung hampir sama dengan sirat. Bedong dipakai di bahu 
sebagai selendang atau diselempangkan di badan.

No comments:

Post a Comment