Tuesday, December 6, 2011

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Makanan Melayu terkenal kerana rasanya yang pedas dan lauknya yang berempah. Makanan Melayu banyak dipengaruhi makanan negara-negara jiran seperti India dan China. Pada waktu dahulu, Asia Tenggara didatangi ramai peniaga-peniaga dari negeri India, China dan juga negeri-negeri Arab yang datang dengan tujuan untuk berdagang. Mereka memperkenalkan makanan tradisional mereka dan makanan ini mempengaruhi makanan Melayu sekarang.

Makanan-makanan Melayu yang popular  di masyarakat Malaysia:

Sate digemari orang ramai. Bahan-bahan utamanya ialah daging ayam, lembu atau babat. Sate dihidangkan bersama kuah kacang yang berempah dan pedas.

 Nasi lemak Makanan kegemaran orang ramai. Nasi yang ditanak bersama santan. Dihidangkan bersama sambal telur ataupun ikan bilis.

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di  Malaysiaa. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan.

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk. Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau pulut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit atau diratah makan begitu saja.

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. 


Kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun panda. Kuih onde-onde merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia.

No comments:

Post a Comment