Sunday, December 11, 2011

TEMPAT PELANCONGAN YANG POPULAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA



Kuil Kek Lok Si di Pulau Pinang dibina pada tahun 1890, merupakan kuil agama Buddha yang terbesar di Asia Tenggara.  





Kuil Kek Lok Si terletak di Ayer Itam merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang.Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewa Kuan Yin yang besar. Selain daripada biara, terdapat pagoda setinggi tujuh tingkat yang mempamerkan 10,000 imej Buddha. Reka bentuk bangunan ini  menggabungkan asas oktagon Cina dengan tingkat tengah reka bentuk Thailand dan puncak seni bina Burma.



                                     


Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.





Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. 



Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai.




                                  


Pulau Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau lagenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan yang bertaraf antarabangsa. Terdapat juga legenda yang kisah tentang
seorang wanita cantik bernama Mahsuri kerana unsur cinta dan cemburu, sumpah diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan. 
Nikmati keindahan alam semulajadi serta ketenangan landskap padi di sini dengan memandu di seluruh pulau ini. 




                                     

Batu Caves terletaknya di sebelah utara Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah gua batu kapur semulajadi yang telah digunakan sebagai sebuah kuil Hindu bagi memuja Dewa Subramania, Dewa Hindu.


Batu Caves adalah satu daripada destinasi pelancongan Malaysia yang termasyur terutamanya untuk Perayaan Thaipusam. Ini memikat sebanyak lapan ratus ribu penganut dan pelancong. Yang menarik adalah dapat menengok pemuja-pemuja di dalam keadaan bersawai sambil mengendong kavadi, suatu rangka logam melampir di atas tubuh badan.

TEMPAT PELANCONGAN DI KUALA LUMPUR







Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. 



Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004.






Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun  Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. 


Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar.

MASAKAN TRADISIONAL NASI AYAM HAINAN

TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA




Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.


Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.


Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA -TARIAN SINGA DAN TARIAN NAGA




Tarian singa menjadi adat di negara  China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".


Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat  Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.






Pada fikiran kaum Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.

TARIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU - TARIAN ZAPIN



Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entreport antarabangsa pada kurun ke-16.


Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.



Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan    marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Thursday, December 8, 2011

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Makanan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran lain. Selain itu,  elemen yang menggambarkan keunikan makanan kaum tersebut ialah penggunaan daun pisang sebagai alas makanan bagi menggantikan pinggan mangkuk. Daun hijau yang beraroma itu bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan bahkan membangkitkan selera.



ROTI   CANAI
Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
CAPATI
Capati merupakan makanan ruji roti kaum India. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.
MURUKKU
Murukku merupakan makanan tradisional kaum India. Biasanya dijadikan makanan ringan atau 'kudapan' bagi kebanyakan penduduk di Malaysia. Ia biasanya dihidangkan pada sambutan Hari Deepavari.


PUTU  AYAM
Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di  Malaysia. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan ggula perang atau gula kabung. Hidangan ini dimakan sebagai makan pagi bersama dengan sayur berkuah.




THOSAI  

Thosai turut digelar Dosai, diperbuat daripada black lentils dan tepung beras. Bagi mendapatkan rasa yang masam, Thosai dihidangkan bersama sambhar (terdiri daripada sayur-sayuran, susu kelapa segar dan kacang dhal).


Wednesday, December 7, 2011

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

Makanan Tradisional Cina bermula dari pengaruh Negeri China mula menular pada abad-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersama adat resam dan budaya kaum Cina. Walau bagaimanapun, Malaysia hanya dapat mendapati pengaruh(tradisi, budaya, masakan) dari China pada abad-18. 

Biasanya, Bagi kaum Cina bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, biji-bijan dan lain-lain. Bahan-bahan ini akan diolah bersama rempah seperti biji ketumbar, kayu manis, jintan dan sebagainya. 


Makanan-makanan tradisional kaum Cina seperti berikut:

Char koay teow merupakan makanan yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada koay teow, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telu, tauge dan kucai. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.


Kuih Bakul atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya melambangkan "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".


Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang melibatkan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama Teh Cina. "Minum Teh" yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Tahun Baru Cina dan juga hari Ahad untuk bertemu dan berbual-bual dengan datuk nenek mereka.

Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting. Biasanya kuih bulan dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.



Bak cang adalah makanan tradisional masyarakat Cina. Kata 'bakcang' adalah berasal dari dialek Hokkien.Bak cang menurut legenda pertama kali muncul pada zaman Dinasti Zhou berkaitan dengan simpati rakyat kepada Qu YUan yang bunuh diri dengan melompat ke Sungai Miluo. Pada saat itu, bak cang dilemparkan rakyat sekitar ke dalam sungai untuk mengalihkan perhatian makhluk-makhluk di dalamnya supaya tidak memakan jenazah Qu Yuan. Untuk kemudian, bakcang menjadi salah satu simbol perayaan  Duanwu.


Jiaozi biasanya terdiri daripada  daging kisar atau isian sayur yang dibalut dalam kepingan doh nipis yang digulung, kemudian ditutup dengan menekan sisinya agar rapat atau mengeriting. Jiaozi berbeza dengan wantan: jiaozi mempunyai kulit yang lebih tebal dan bentuk piring berganda yang lebih leper dan oblat, dan lazimnya dimakan dengan sos celup cuka soya.

Tuesday, December 6, 2011

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Makanan Melayu terkenal kerana rasanya yang pedas dan lauknya yang berempah. Makanan Melayu banyak dipengaruhi makanan negara-negara jiran seperti India dan China. Pada waktu dahulu, Asia Tenggara didatangi ramai peniaga-peniaga dari negeri India, China dan juga negeri-negeri Arab yang datang dengan tujuan untuk berdagang. Mereka memperkenalkan makanan tradisional mereka dan makanan ini mempengaruhi makanan Melayu sekarang.

Makanan-makanan Melayu yang popular  di masyarakat Malaysia:

Sate digemari orang ramai. Bahan-bahan utamanya ialah daging ayam, lembu atau babat. Sate dihidangkan bersama kuah kacang yang berempah dan pedas.

 Nasi lemak Makanan kegemaran orang ramai. Nasi yang ditanak bersama santan. Dihidangkan bersama sambal telur ataupun ikan bilis.

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di  Malaysiaa. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan.

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk. Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau pulut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit atau diratah makan begitu saja.

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. 


Kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun panda. Kuih onde-onde merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia.

Sunday, December 4, 2011

LATIHAN


Berdasarkan gambar yang dipaparkan, sila tuliskan nama pakaian tradisional dan jenis kaum yang berkenaan.

 1. 
pakaian: 

____________________


kaum:

_____________________











2.

      pakaian: 

     ____________________


      kaum:
       
         _____________________










3.
pakaian:  

____________________


kaum:

_____________________










4.
pakaian: 

____________________


kaum:

_____________________










5.
pakaian:  


____________________


kaum:

_____________________










6.
        pakaian:  

        ____________________


        kaum:

             _____________________










7.
   pakaian: 

     ____________________


   kaum:

     _____________________










8. 

pakaian: 

____________________


 kaum:

_____________________

Friday, December 2, 2011

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA, KADAZAN DAN IBAN

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.


Di bawah  merupakan pengenalan pakaian kaum India.

                                               
DHOTI

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

SARI

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. 

Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. 




PAKAIAN ETNIK KADAZAN
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN

KAIN SIRAT

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain, bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan.


DANGDONG
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh 
lelaki Iban. Panjang dandong tidak tetap 
kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam 
upacara-upacara tertentu.



PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN
BIDANG


Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni.



KELAMBI
Baju Kaum Iban yang dipanggil kelambi ada dua jenis iaitu kelambi berlengan dan kelambi tanpa lengan. Kelambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kelambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Kelambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan.


BEDONG
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong. Panjang 
bedung hampir sama dengan sirat. Bedong dipakai di bahu 
sebagai selendang atau diselempangkan di badan.