Wednesday, November 23, 2011

PAKAIAN TRADISIONAL  KAUM  MELAYU

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai pakaian yang menjadi tradisi mereka sehingga ke hari ini. Antara pakaian yang masih di gunakan hingga ke hari ini oleh masyarakat Melayu di Malaysia ini ialah baju melayu bagi kaum lelaki, baju kebaya dan baju kurung,pula bagi kaum perempuan.   


Bagi masyarakat Melayu, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini ia lebih penting sebagai bahan fesyen iaitu sesuatu yang lebih menitikberatkan daya kreatif penciptanya.



Baju kurung Kedah dipercayai berasal dari selatan Thailand. Baju kurung Kedah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan keras.





 
 Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka.Baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera.


 
Pakaian baju kurung sekarang berasal dari Johor.Baju kurung ialah pakaian yang popular di kalangan orang Melayu.








Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. 

Kaum lelaki memakai kain sarung dengan baju Melayu. Kaum perempuan pula memakai bersama-sama baju kurung atau baju kebaya. Kain sarung Melayu terdiri daripada sebidang kain lebar yang dicantumkan kedua-dua hujungnya. Kain sarung diperbuat daripada benang kapas dan sutera. Ada juga kain sarung yang diperbuat daripada tenunan songket.

Selendang biasa adalah lebih kecil dan lebih nipis daripada selendang panjang. Bagaimanapun corak selendang biasa lebih digemari kerana lebih ringkas dipakai. Selendang biasa dipakai dengan menyangkutkannya di atas satu bahu ataupun kedua-dua bahu; menutupi kepala dan bahu; diselempang di bahu kemudian melintasi badan dan diikat di pinggang; disangkut di bahu dengan hujung yang di belakang diselempangkan di belakang badan dan disangkutkan pada tangan.


No comments:

Post a Comment