Tuesday, November 29, 2011

PAKAIAN  TRADISIONAL KAUM CINA


Sejarah  kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.


Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan  Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. 

Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.  


Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya. 



Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.

                                                                             
 Orang Cina merupakan Suku Cina Han. Hanfu merupakan pakaian tradisional sebenar kaum Cina. Gambar yang ditunjukkan ialah pakaian tradisional kaum lelaki. 






Gambar ini merupakan gambar pakaian tradisonal kepada kaum perempuan bangsa Cina. Tetapi kaum perempuan bangsa Cina di Malaysia tidak lagi memakai pakaian ini kerana telah diganti dengan ceongsam atau pakaian berbentuk barat.

Wednesday, November 23, 2011

PAKAIAN TRADISIONAL  KAUM  MELAYU

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai pakaian yang menjadi tradisi mereka sehingga ke hari ini. Antara pakaian yang masih di gunakan hingga ke hari ini oleh masyarakat Melayu di Malaysia ini ialah baju melayu bagi kaum lelaki, baju kebaya dan baju kurung,pula bagi kaum perempuan.   


Bagi masyarakat Melayu, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini ia lebih penting sebagai bahan fesyen iaitu sesuatu yang lebih menitikberatkan daya kreatif penciptanya.



Baju kurung Kedah dipercayai berasal dari selatan Thailand. Baju kurung Kedah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan keras.





 
 Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka.Baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera.


 
Pakaian baju kurung sekarang berasal dari Johor.Baju kurung ialah pakaian yang popular di kalangan orang Melayu.








Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. 

Kaum lelaki memakai kain sarung dengan baju Melayu. Kaum perempuan pula memakai bersama-sama baju kurung atau baju kebaya. Kain sarung Melayu terdiri daripada sebidang kain lebar yang dicantumkan kedua-dua hujungnya. Kain sarung diperbuat daripada benang kapas dan sutera. Ada juga kain sarung yang diperbuat daripada tenunan songket.

Selendang biasa adalah lebih kecil dan lebih nipis daripada selendang panjang. Bagaimanapun corak selendang biasa lebih digemari kerana lebih ringkas dipakai. Selendang biasa dipakai dengan menyangkutkannya di atas satu bahu ataupun kedua-dua bahu; menutupi kepala dan bahu; diselempang di bahu kemudian melintasi badan dan diikat di pinggang; disangkut di bahu dengan hujung yang di belakang diselempangkan di belakang badan dan disangkutkan pada tangan.


Thursday, November 3, 2011

Pakaian Tradisional Malaysia

 Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum, ia terdiri daripada tiga bangsa utama seperti Melayu, Cina , India serta bangsa lain-lain lagi.

Marilah kita kenali pakaian pelbagai kaum di masyarakat Malaysia.Hari ini saya hanya akan memperkenalkan pakaian tradisional Negeri Selangor Darul Ehsan sahaja.


Berikut merupakan peta Negeri Selangor. Peta yang ditunjukkan mengenai bandar-bandar dan 9 daerah di negeri Selangor.






Pakaian Tradisional  9  daerah  dalam Negeri Selangor Darul Ehsan 

                                Baju Daerah Sepang -bangsa Melayu



                                Baju Daerah Petaling- bangsa Melayu



                                 Baju Daerah Klang - Suku Kaum Bugis



                                 Baju Daerah Kuala Selangor - Suku Kaum Jawa



                                             Baju Daerah Hulu Langat- Suku Kaum Minang



                                Baju Daerah Hulu Selangor- Suku Kaum Rawa

 

                                Baju Daerah Sabak Bernam- Suku Kaum Banjar



                                Baju Daerah Kuala Langat - Suku Kaum Mahmeri 



                                Baju Daerah Gombak- Suku Kaum Mandailing